Sukarelawan ‘Impian Sabah’ Dari DAP: Wira Yang Tidak Di Dendang

796
Kampung Bantul di Pensiangan tidak lama lagi akan menikmatkan sumber tenaga eletrik menerusi projek sukarelawan Impian Sabah membina empangan hidroeletrik di kampung itu. – Gambar Kee Helmey Kee Yahya

Oleh KEE HELMY KEE YAHYA
PENSIANGAN: ‘The Unsung Heroes’ itulah ungkapan yang mampu disampaikan kepada 20 sukarelawan Impian Sabah yang sanggup meredah laluan berbukit bukau semata mata untuk membina sebuah empangan hidroeletrik di Kampung Bantul, Pensiangan.

Tiada kata yang mampu diungkapkan melihat kesungguhan serta curahan tenaga para sukarelawan demi merialisasikan harapan 170 penduduk Kampung Bantul yang bergelap tanpa sebarang sumber tenaga eletrik selama hampir lima tahun berikutan empangan yang sedia ada sebelum ini telah rosak dan uzur.

Rata rata kesemua sukarelawan terdiri daripada golongan anak muda tempatan Sabah, Sarawak dan beberapa orang asli semenanjung Malaysia.

Kehadiran mereka selama tujuh hari di Kampung Bantul cukup dihargai dan dinantikan walaupun sambutan yang diterima tidak semeriah seperti sambutan seorang Yang Berhormat.

Namun apa yang membanggakan kecekalan dan keikhlasan anak anak muda ini yang tidak mengeluh dan mengira penat lelah, masih tetap tersenyum walaupun sehari suntuk berhempas pulas menyiapkan kerja masing masing.

Walaubagaimanapun jasa dan budi yang mereka curahkan sangatlah bermakna bagi penduduk kampung bantul dan akan tetap sentiasa diingati sehingga keakhir hayat.

Dijangka empangan hidroeletrik tersebut akan siap pada penghujung bulan ini dan seluruh penduduk kampung sangat terhutang budi kepada Adrian Lasimbang, Penyelaras DAP Pensiangan, yang juga merupakan ketua projek berkenaan.