Shafie Apdal Sedia Untuk Bekerjasama Dan Membantu Siasatan SPRM

8186
Shafie Apdal

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
SEMPORNA: Presiden Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada bila-bila masa dengan kes yang melibatkan MARA iaitu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Shafie, yang pernah memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada satu ketika dulu berkata belia sedia membantu SPRM sekiranya pihak berkuasa memerlukan maklumat bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Ahli Parlimen Semporna itu cuma meminta supaya sekiranya beliau ddiperlukan membantu siasatan, agar dapat dimaklumkan lebih awal supaya penyelarasan masa dapat dilakukan.

KENYATAAN PENUH SHAFIE APDAL

“Saya terpanggil untuk memberi respon terhadap beberapa kenyataan yang sedang tular di media massa dan media sosial baru-baru ini yang mengaitkan nama saya, di mana pada ketika itu saya memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kes yang melibatkan MARA iaitu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Saya difahamkan kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak SPRM dan saya sedia memberi kerjasama pada bila-bila masa sekiranya pihak berkuasa memerlukan maklumat bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

“Dalam masa yang sama, saya juga menghargai sekiranya dapat dimaklumkan lebih awal supaya penyelarasan masa dapat dilakukan.”

Sekian.

MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
PRESIDEN PARTI WARISAN SABAH
AHLI PARLIMEN SEMPORNA
19 APRIL 2017