Shafie Apdal Sebenarnya Menjadi ‘Trend Setter’; Nokuro Warisan?

4292
Francis Au

Oleh FRANCIS AU
KOMENTAR: Tanda-tanda bahawa UMNO-Barisan Nasional semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat Sabah semakin jelas kelihatan sejak akhir-akhir ini. Pihak UMNO-BN amat konsisten dengan strategi mereka yakni menyerang peribadi presiden Warisan, Mohd Shafie bin Haji Apdal.

Agak menghairankan kerana sebagai kerajaan, UMNO-BN sepatutnya menumpukan perhatian kepada menambah baik perkhidmatan kepada rakyat, sebaliknya sejak kewujudan parti Warisan mereka lebih bersikap ‘offensive’ terhadap parti ini sehingga lupa akan tanggungjawab kepada rakyat.

Akhir-akhir ini, UMNO-BN semakin hilang arah melihat kepada sokongan kuat yang ditunjukkan oleh rakyat Sabah terhadap parti Warisan yang semakin kukuh dari hari ke hari.

Selain itu, agak melucukan juga apabila pemimpin tertinggi UMNO di Sabah ini menuduh Shafie dengan pelbagai tohmahan seperti pemimpin yang suka menabur janji, pemimpin yang lemah, tidak pandai kerja serta tidak mencapai KPI sebagai menteri, tetapi dalam masa yang sama mengadaptasi cara kerja beliau.

Demi mengambil hati rakyat, UMNO-BN banyak mengadaptasi idea-idea daripada parti Warisan sebagai panduan asas kerja mereka, dan bertindak balas daripada polisi-polisi yang diutarakan oleh pemimpin Warisan.

Parti Warisan menerima sambutan hebat dimana-mana sahaja Shafie pergi.

Sebelum ini pemimpin UMNO-BN membutakan mata mengenai isu-isu yang dekat di hati rakyat, dan tiba-tiba hari ini UMNO-BN mengambil peduli mengenai isu-isu yang diperjuangan oleh parti Warisan seperti Yayasan Sabah, isu kelewatan penyukatan tanah, isu SFI dan banyak lagi yang menghimpit rakyat di negeri ini.

Sebenarnya, sejak kewujudkan parti Warisan di Sabah, Shafie telah meletakkan satu penanda aras yang mana secara tidak langsung menjadi ikutan kepada politk di Sabah khususnya UMNO-BN.

Shafie telah memulai gerakan dengan mengadakan siri jelajah, sementara Wira Warisan mendekati golongan muda melalui forum ‘Why, Mengapa, Nokuro Warisan?’ sejak tahun lalu yang mana telah mendapat sambutan luar biasa dari penduduk setempat di seluruh Sabah.

Seterusnya, program ‘Bicara Presiden’ bersama penduduk setempat yang diadakan di Tambunan dan Kundasang ternyata telah mendapat sokongan padu daripada rakyat yang sudah lama mengimpikan perubahan.

Shafie sebenarnya menjadi ‘trend setter’ yang menjadi ikut-ikutan kepada gerak kerja parti-parti politik di Sabah khususnya kepada UMNO-BN.

Mengetahui bahawa sokongan rakyat yang semakin hilang kepercayaan terhadap kerajaan hari ini, pemimpin kanan UMNO-BN di Sabah telah mula turun padang dan mengikuti gerak kerja Shafie dalam mendekati rakyat.

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, dalam siri lawatannya di Semporna baru-baru ini yang mana dalam ucapannya memberi amaran kepada pemimpin negeri ini bahawa parti Warisan adalah ancaman kepada UMNO-BN di Sabah.

Di acara Jelajah Warisan di Penampang pada bukan Mac. Lebih 7,000 orang, kebanyakan mereka Kadazandusun hadir untuk mendengar Shafie berucap.

Mengenai prestasi Shafie yang dipertikai oleh pemimpin UMNO-BN semasa bergelar Menteri dahulu,

Untuk rekod, Shafie adalah antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang paling rajin masuk ke kawasan perkampungan dan luar bandar tidak kira sama ada di Semenanjung, mahupun Sabah dan Sarawak.

Shafie sebenarnya adalah pemimpin yang sangat dekat di hati rakyat dan sanggup turun padang walaupun ada diantara kawasan berkenaan tidak selamat dilawati atas faktor infrastruktur uzur yang boleh membahayakan nyawa.

Namun, demi mendekati rakyat Shafie sanggup membahayakan diri sehingga pernah satu kali beliau terjatuh ke laut akibat jambatan uzur runtuh ketika melawat di perkampungan atas air di Sabah yang mana rata-ratanya didiami golongan miskin.

Beliau juga adalah pemimpin yang mempunyai cara hidup yang sederhana dan mudah mendekati rakyat.

Sememangnya sifatnya yang sudah sebati sejak dari dahulu berjemaah di mana-mana sahaja. Hampir semua masjid besar di semenanjung lebih-lebih lagi di Sabah yang mana beliau sering sembahyang berjemaah dengan penduduk setempat tidak kira di mana sahaja.

Tidak seperti pemimpin UMNO-BN yang hanya mendampingi rakyat apabila tiba musim pilihanraya.

Semua ini dilakukan untuk mengabui mata rakyat dengan memberi persepsi bahawa sokongan rakyat Sabah terhadap UMNO-BN masih kukuh.

Hakikatnya, rakyat di Sabah sama ada di Pantai Timur, Pantai Barai, Pedalaman mahupun di Kotaraya sudah menolak UMNO-BN dan mengalihkan sokongan kepada Parti Warisan Sabah.

Atas sebab itu, Shafie semakin diterima oleh rakyat Sabah sebagai pemimpin untuk semua tanpa mengira kaum dan agama.

  • Francis Au adalah Ketua Penerangan Wira, Parti Warisan Sabah, dan Ketua Wira Kota Marudu
  • Ini adalah pandangan sendiri penulis.