Serangan Peribadi Keatas Shafie Adalah Endosmen Kepada Kepimpinannya

3245
Md Aziz Jamman

Oleh MOHD AZIS BIN HAJI JAMMAN
KENYATAAN: Serangan bertali arus daripada pemimpin-pemimpin UMNO terhadap presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secara tidak langsung bukti jelas yang UMNO akui bahawa mereka semakin hilang sokongan serta kepercayaan daripada rakyat Sabah.

Sejak ditubuhkan tahun lalu, Warisan telah mula turun padang dan mengadakan program siri jelajah ke seluruh Sabah bertemu akar umbi dengan sambutan luas biasa atas kehadiran ribuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama sudah tentunya UMNO mula merasa ‘deposit tetap’ mereka tergugat.

Serangan peribadi yang dimulai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak keatas Shafie diikuti dengan pemimpin UMNO yg lain sebenarnya sudah dijangka dan ini sekaligus adalah endosmen kepada kepimpinan Shafie yang diterima baik oleh rakyat Sabah.

Dalam jangka masa yang singkat, Warisan telah berjaya menarik puluhan ribu penyokong terdiri daripada ahli dan pemimpin kanan parti komponen Barisan Nasional yang mana majoritinya adalah daripada UMNO.

Justeru, adalah amat ketara kegusaran mereka ini melihat kepada isu yang dibangkitkan tidak ada isu lain, melainkan isu yang sudah tandus dihidupkan semula seperti tuduhan bahawa Shafie gagal membangunkan Sabah semasa menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Perbuatan pemimpin UMNO ini yang menuding jari kepada Shafie diatas kemunduran yang dialamai oleh Sabah sebenarnya menjawab persoalan yang menjurus kegagalan kepada kerajaan UMNO-Barisan Nasional di Sabah yang diketuai oleh Musa Aman.

Beribu-ribu orang membanjiri kawasan ‘Jelajah Warisan’ di Silam, Lahad Datu baru-baru ini untuk mendengar Shafie Apdal memberi amanat beliau.

Ini juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pemimpin UMNO dan beberapa menteri kabinet ini amat cetek dalam soal tadbir urus sesebuah Kementerian.

Dakwaan peruntukan RM20 bilion yang dibelanjakan KKLW adalah sebenarnya perbelanjaan untuk tempoh masa 5 tahun.

Peruntukan berbilion yang disebut oleh Jainab itu sebenarnya perbelanjaan merangkumi banyak pecahan seperti biasiswa, pinjaman perniagaan melalui agensi MARA, program galakan melalui agensi seperti FELCRA dan RISDA, jalanraya, bekalan air, bekalan elektrik, bantuan rumah PPRT, baikpulih prasarana dan sebagainya.

Malangnya, oleh kerana kelemahan tadbir urus Najib sebagai Perdana Menteri mengakibatkan peruntukan ini yang pada awalnya berjumlah 20bilion sebenarnya telah dipotong dari tahun ke tahun untuk membiayai hutang 1MDB.

Sedarkah Jainab bahawa hakikat sebenarnya Sabah adalah wilayah yang besar dan memerlukan sejumlah peruntukan yang besar. Biarpun keseluruhan peruntukan 20 bilion itu sekalipun dibelanjakan kesemuanya untuk Sabah masih belum cukup untuk membasmi kemiskinan apa lagi menaiktaraf semua infrastruktur.

Sedangkan projek pembinaan laluan keretapi di semenanjung dari Johor ke Kuala Lumpur menelan belanja 20 billion dan Kuala Lumpur ke Tumpat menelan belanja 50 billion yang di belanjakan Najib untuk tempoh dua tahun di semenanjung masih belum mencukupi bagi mereka.

Dalam sidang parlimen dahulu, Jainab akui dengan jelas diumumkan bahawa bajet KKLW sebanyak 20billion itu telah dibahagi-bahagikan dan 13 billion diperuntukan kepada Sabah dan Sarawak.

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah yang dikatakan menelan belanja lebih 500 juta merupakan satu pembaziran wang rakyat.

Jainab sebagai menteri seharusnya sedar bahawa masih banyak perkara yang perlu dibantu bukan sahaja dari segi kemudahan infrastruktur luar bandar, malahan taraf hidup rakyat perlu ditingkatkan.

Justeru, 13 billion hanya untuk Sabah dan Sarawak iaitu dua negeri terbesar agak-agak bajet 13 billion tu cukup kah utk menyelesaikan masalah jalan-jalan dan air di sabah yg jelas jauh ketinggalan?

Peruntukan berkenaan bukan bulat-bulat 20 billion dibelanjakan untuk negeri Sabah. Sebagai Menteri persekutuan sudah tentunya peruntukan itu juga dibahagikan kepada negeri-negeri lain seperti Sarawak dan Semenanjung.

Adakah Jainab sedar bahawa selama beliau berapa penggal jadi Menteri, kawasan beliau di DUN Karambunai sendiripun gagal dibangunkan. Lihat sahaja di Kampung Numbak dan beberapa kampung lain masih tinggal dalam keadaan yg cukup daif.

Selain itu, pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah yang dikatakan menelan belanja lebih 500 juta merupakan satu pembaziran wang rakyat.

Bukankah jumlah ini jika digunakan utk buat jalan dan tambah baik infrastruktur asas di pulau Banggi contohnya lebih memberi manfaat kepada rakyat dibandingkan dengan memberi keselesaan hanya kepada beberapa kakitangan dan pegawai di pejabat Ketua Menteri?

  • Dato Mohd Azis Bin Haji Jamman Ketua Wira Warisan Sabah