Polis Tahan Tiga Lelaki Terlibat Kes Curi Tayar Ganti Kereta

245
Ketiga-tiga sapek yang dicekup polis. – Gambar ihsan PDRM Kota Kinabalu

TUARAN: Tiga lelaki termasuk seorang pembeli dicekup polis selepas terbabit dengan aktiviti curi tayar pengganti sebuah pacuan empat roda milik Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang bernilai RM400 dalam tangkapan berasingan di Tuaran, dekat sini, semalam Jumaat.

Satunya tayar yang dirampas oleh polis dari kereta pencuri tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, semua suspek berusia antara 33 hingga 40 tahun itu ditahan kerana terbabit secara langsung kes curi tayar pengganti berkenaan di Jalan KK Lama berhampiran pasaraya Tong Hing, di sini, pada 8.10 malam Khamis lalu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan risikan polis, pihaknya berjaya memberkas suspek pertama di Jalan Berunggis, Tuaran jam 11.10 pagi semalam dan sebuah kereta Perodua Viva turut disita untuk siasatan.

“Berikutan penahanan suspek pertama, kita menahan dua lagi lelaki di Taman Sri Rugading dan Kampung Marabahai, di Tuaran pada hari yang sama dengan salah seorang daripada mereka disyaki bertindak sebagai pembeli tayar pengganti terbabit,” katanya, di sini, hari Sabtu.

Menurut Chandra, hasil siasatan awal mendapati suspek dan rakannya mengaku terbabit dengan kes curi itu sebelum bertindak menjualnya kepada seorang lelaki.

“Dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek itu, kita percaya kes curi ini berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.