PKR Ketuk DAP Sabah; Chan Sepatutnya Menghormati Rakan Kerjasama PH

385
Raymond Ahuar

Oleh RAYMOND AHUAR
SURAT: Kenyataan akhbar dua hari lepas oleh YB Chan Foong Hin Setiausaha DAP Sabah adalah dirujuk. Kenyataan tersebut merujuk kepada keinginan DAP untuk bertanding 3 kawasan Parlimen dan 10 DUN di Pendalaman Bawah.

Sebagai Ketua Cabang Pensiangan merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, saya amat kesal dengan kenyataan tersebut tanpa merujuk kepada pimpinan Pakatan Harapan.

Sepatutnya pihak DAP menghormati rakan kerjasama PH dan perkara tersebut perlu dibawa ke meja rundingan sebelum sebarang kenyataan dibuat.

Kenyataan ini mengundang persepsi yang tidak baik terhadap hubungan baik dan harmoni yang terjalin dengan pelbagai program yang berjalan selepas Pelancaran Pakatan Harapan Sabah pada 8 Jan 2017 yang lalu.

Saya menyeru agar Pakatan Harapan dan Pembangkang dapat berunding dengan baik agar usaha untuk Lawan Satu Lawan satu dengan BN dapat direalisasikan.

  • Saudara Raymond Ahuar adalah Ketua Cabang Pensiangan merangkap Ketua AMK PKR Sabah