Pekerja Labuan Hanya Cedera Walaupun Terjatuh Dari Ketinggian 50 Kaki

2948
Pekerja itu terbaring di kaki lima selepas jatuh 50 kaki dari bangunan yang separuh siap di Labuan. 

LABUAN: Berpantang ajal sebelum maut. Itu dialami seorang pekerja binaan yang hanya cedera walaupun terjatuh dari ketinggian lebih 50 kaki atau 15 meter dari atas struktur di sebuah tapak pembinaan di sini, hari Isnin.

Insiden itu berlaku pada kira-kira 2 petang di tapak pembinaan sebuah hotel bajet.

Pekerja berusia 40-an itu hanya mengalami patah tulang dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Freaddysiswanto Jaihya

Polis mengklasifikasi kes itu sebagai kemalangan di tempat kerja.

PENUNGGANG MAUT, PEMBONCENG PARAH MOTOSIKAL DILANGGAR TRELER 

Di KOTA KINABALU pula, seorang penunggang maut dan seorang pembonceng parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah treler di Jalan KKIP berhampiran simpang masuk sebuah kilang di sini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian 8.30 pagi itu, Freaddysiswanto Jaihya, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Shellisthowell Musah, 18, cedera parah di kepalanya.

“Siasatan awal belum dapat mengenal pasti arah laluan kedua-dua kenderaan itu dan pemandu lori juga tiada di lokasi kemalangan.

“Semasa siasatan itu, mangsa maut berada di lokasi dalam keadaan tertiarap di lorong kanan dari arah Politeknik menghala ke arah lampu isyarat KKIP dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Likas dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini.

Chandra berkata kedua-dua mangsa langgar lari itu berasal dari Kota Marudu.