Pantai Timur Lebih Berkembang; Semporna Sebagai Syurga Pelancong

850
Bohey Dulang island is the second largest island of Semporna Islands Park and it has one of the most beautiful scenery in Sabah. A Warisan Sabah government has pledged to turn Semporna into a tourist paradise. – Internet photo

Oleh BORNEOTODAY
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah akan menjadikan Semporna sebagai syurga pelancong manakala Tawau akan diubah menjadi Hab Eksport Makanan Laut terpenting di pantai timur.

Naib Presiden Junz Wong berkata di bawah ‘road map’ Warisan, Presiden Shafie Apdal membayangkan Pantai Timur Sabah lebih berkembang dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang ada serta memaksimumkan potensinya.

Wong berkata salah satu elemen yang lebih menarik dalam rancangan Parti Warisan ialah hab eksport makanan laut yang berfungsi sepenuhnya di Tawau dan menghapuskan keperluan untuk mengangkut makanan laut dari Pantai Timur ke Kota Kinabalu.

“Nelayan, termasuk penternak ikan sekiranya mahu, hanya perlu menggugurkan hasil mereka atau mengalihkan pangkalan mereka ke hab untuk pemprosesan dan eksport dan tidak perlu lagi ke Kota Kinabalu.

Shafie Apdal and Junz Wong at a recent function in Tawau where the Warisan Sabah president spelled out various measures to transform the east coast into a hive of economic activity.

“Kita menyedari keperluan untuk memohon pensijilan dan ujian eksport untuk kawalan kualiti pengeluaran makanan laut, oleh itu hab ini akan menyediakan kemudahan makmal untuk ujian tersebut.

Kita yakin ini akan mengubah ekonomi rakyat dan menjadikan industri lebih cekap,”

Wong berkata hub itu akan mempunyai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan untuk mengkaji dan meneroka peluang tambah nilai dan aktiviti-akitiviti hiliran yang boleh diwujudkan dari industri berkenaan.

Teknologi dan penemuan baru dapat membantu meneroka keperluan dan permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa dan dengan itu, menghasilkan satu kaedah holistik membuat produk yang akan memberikan pulangan yang tinggi kepada Negeri.

Katanya Pelabuhan Tawau dikenalpasti untuk hab itu kerana lokasinya yang strategik serta berdekatan dengan Borneo Kalimantan serta laluan perkapalan Laut Celebes.

Tawau port.

Pada masa ini, Pelabuhan Tawau merupakan pintu masuk utama eksport dan import terutama dari Kalimantan Utara.

Pelabuhan serbaguna itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penting untuk menyokong pengendalian pelbagai jenis kargo.

Wong berkata dengan menaiktaraf Pelabuhan Tawau sebagai hab eksport makanan laut, diharapkan industri perikanan dari Sandakan dan Lahad Datu akan beralih ke daerah itu.

Tambahan pula, untuk menggalakkan pertumbuhan bandar Lahad Datu kerajaan Warisan akan menubuhkan Lembaga Minyak Sawit Sabah (SPOB) supaya industri di Sabah tidak lagi bergantung kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), katanya.

Kami percaya dengan Lembaga Minyak Sawit Sabah, kita boleh membangunkan industri minyak kelapa sawit yang lebih berkesan terutama perindustrian hiliran.

Para pemain industri Minyak Sawit serta pakar-pakar kita, juga mampu memastikan kualiti Minyak Sawit Mentah (CPO) dan mengurus pembangunannya kerana kita lebih mengetahui apa yang terbaik untuk industri minyak sawit Sabah.

“Pada masa ini, apabila kita mahu mengeksport minyak sawit mentah (CPO), kita perlu menggunakan salah satu daripada lima pengeksport yang telah dipilih oleh MPOB.

Semporna’s tourism activities will be boosted to attract people from everywhere. – Photo credit sipadanvacations.com

“Di bawah SPOB, kita tidak akan mempunyai kekangan itu dan setiap orang akan mempunyai peluang bagi perindustrian hiliran. Ini akan memaksimumkan potensi industri kelapa sawit dan menghapuskan diskriminasi kerana tiada sesiapa boleh memonopoli industri itu, “katanya.

Selain itu, Wong berkata SPOB akan menubuhkan pusat untuk menjalankan kerja-kerja R & D bagi menambah nilai kepada industri dan mewujudkan aktiviti hiliran supaya Sabah tidak hanya akan bergantung kepada produk mentah.

Warisan akan mencadangkan untuk memindahkan angkatan tentera dan maritim masing-masing dari Lok Kawi dan Sepanggar ke Pantai Timur khususnya Lahad Datu untuk membendung isu keselamatan.

“Pada dasarnya, inilah yang akan berlaku. Tawau akan menjadi hab eksport makanan laut, Semporna sebagai syurga pelancong, Lahad Datu akan menumpukan perhatian kepada perindustrian hiliran kelapa sawit manakala Sandakan akan memberi tumpuan kepada kedua-dua usaha hiliran kelapa sawit serta pelancongan.

Ini bukan sahaja akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan tetapi juga meningkatkan peluang untuk keusahawanan terutama untuk generasi muda, Junz menyimpulkan.