Lebih 1,200 Penunggang Motosikal Di Labuan Nikmati Petrol Percuma

1060
Petrol percuma merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pemuda Umno Labuan dan Umno Bahagian Labuan.
Petrol percuma merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pemuda Umno Labuan dan Umno Bahagian.

LABUAN – Seramai 1,211 penunggang motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah di pulau bebas cukai ini menikmati petrol percuma, malam Khamis.

Ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pemuda Umno Labuan dan Umno Bahagian Labuan bagi membantu meringankan beban golongan belia berikutan kenaikan harga petrol.

Ketua Pemuda Umno Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata siri kedua program itu akan dilaksanakan setiap bulan sepanjang tahun ini.

“Kami gembira apabila mengetahui lebih 1,000 belia mendapat manfaat daripada program yang dijalankan selama dua jam di Stesen Petronas Saguking ini. Aktiviti kebajikan ini pernah dilaksanakan sekali pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif ini akan dilaksanakan secara berterusan dan dianjurkan pada setiap bulan selepas mengadakan perbincangan dengan anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Mohd Rafi, yang juga setiausaha politik Menteri Wilayah Persekutuan berkata, inisiatif ini dilaksanakan selepas mengambil kira ramai golongan belia yang hilang pekerjaan dalam syarikat minyak dan gas serta dengan turun naik harga petrol dunia.