Isu Perkahwinan Sejenis Di Tawau; Laporan Polis Dibuat Oleh Pemuda Umno

1716
Kontroversi perkahwinan sejenis dipercayai berlaku di Tawau yang viral di media sosial sejak beberapa hari lalu. – Gambar ihsan bharian.com.my

KOTA KINABALU: Kontroversi perkahwinan sejenis dipercayai berlaku di Tawau yang viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, semakin mendapat perhatian umum yang mahu perkara itu diselesaikan segera.

Difahamkan, beberapa laporan polis sudah dibuat di negeri ini menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana bimbang budaya songsang itu menular dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Terbaharu, Pemuda UMNO Sepanggar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari Isnin untuk menyuarakan kebimbangan kesan negatif isu berkenaan.

SHYAZREEN ASRI

Wakil Pemuda UMNO Sepanggar, Shyazreen Asri, berkata laporan polis dibuat supaya pihak berkuasa atau jabatan yang berkenaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara itu.

Katanya, kerajaan tidak pernah meluluskan mana-mana agama membenarkan perkahwinan sejenis.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini dan kita bimbang kesan yang akan tercetus sekiranya tidak dibendung dari awal.

“Isu ini juga menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. Ini jelas boleh dilihat daripada komen netizen di laman sosial yang rata-ratanya menolak perkahwinan sejenis ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di IPD Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Shyazreen berkata, laporan itu juga dibuat bagi mengelak kejadian seperti itu berulang dan menjadi budaya di negara ini.

Isu berkenaan timbul selepas gambar kedua-dua lelaki pasangan sejenis berusia 26 dan 28 tahun itu dimuatnaik di Facebook sebelum viral di aplikasi WhatsApp. – Fardy Bungga/ bharian.com.my

BERITA SELANJUT: –

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/350251/pemuda-umno-lapor-polis-isu-perkahwinan-sejenis