Harga Gula Naik 11 Sen; Harga Pasaran RM2.95 Sekilo, Kata KPDNKK

442

PUTRAJAYA: Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram, berkuat kuasa 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Khamis.

Dalam satu kenyataan di sini, kementerian itu berkata harga baharu tersebut susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

“Bagaimanapun, kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara-negara lain,” kata kementerian itu.

Sebelum ini, harga gula pasir putih bertapis ialah RM2.84 per kg.

Kementerian itu berkata kali terakhir harga gula dikemas kini ialah pada 25 Okt 2013.