Dua Spesies Gajah Mati Dibunuh Di Sabah Untuk Dapatkan Gading

1207
Another elephant that was killed for its ivory a bit more recently, and the headless carcass was dumped some 1,500 metres from where Sabre was found.
Gajah yang dibunuh oleh pemburu haram berhampiran Sungai Segama untuk gadingnya. 

LAHAD DATU – Pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) amat sedih dengan insiden dua ekor gajah jantan liar mati dibunuh oleh pemburu haram berhampiran Sungai Segama, Hutan Simpan Kawag.

Gajah jantan pertama ditemui mati pada 27 Dis 2016 di tengah-tengah kawasan ladang bersempadan Hutan Simpan Kawag.

Gajah jantan kedua yang ditemui mati ialah gajah bergading bernama Sabre yang sebelumnya diselamatkan dari ladang dekat Tawau dan dipindahkan ke Hutan Simpan Kawag tiga bulan lalu selepas dipasang kolar satelit oleh DGFC dan WRU.

“Kami menemui bangkai Sabre di ambang Tahun Baharu dengan kolar satelit ditemui di sebelah tengkorak,” kata pengarah DGFC Benoit Goossens dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Sabre diselamatkan dari sebuah ladang dekat Tawau awal Oktober tahun lepas dan dipasang kolar satelit sebelum dilepaskan di hutan simpan dekat Danum.

“Dalam tempoh sebulan, Sabre dan seekor lagi gajah jantan yang besar diburu oleh pemburu haram untuk mendapatkan gading. Bangkai kedua-dua ekor gajah dijumpai 1,500 meter antara satu sama lain walaupun gajah-gajah itu tidak mati dibunuh pada masa yang sama,” kata beliau.

All that is left of Sabre. Its satellite collar can be seen, indicating he was killed around the 20th of November. The remains were discovered Saturday by DGFC/WRU team. - Photo credits DGFC
Hanya kolar satelit yang tinggal disebelah tengkorak.

Goossens berkata Sabre dibunuh pada 21 Nov 2016, menurut data satelit.

“Kami bersedia memberi semua maklumat yang perlu kepada penyiasat dan kepada polis. Saya percaya gajah-gajah itu dibunuh oleh seorang pemburu dan pedagang profesional.

“Pada hari China mengharamkan perdagangan gading gajah, dua daripada gajah kita mati dibunuh untuk mendapatkan gading. Gajah-gajah kita sudahpun menghadapi ancaman kepupusan habitat, pembangunan seperti pembinaan jalan/jambatan di Sukau-Kinabatangan.

Sementara itu, doktor veterinar hidupan liar dari WRU Dr Pakeeyaraj Nagalingam, yang menyertai usaha menyelamatkan haiwan itu dan pemindahan Sabre berkata tiada perkataan yang dapat menggambarkan kesedihan kami.

Beliau berkata, nampaknya tidak ada lagi kawasan yang selamat di Sabah untuk gajah.

“Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi penguatkuasaan larangan memburu hidupan liar secara haram dan aktiviti haram yang lain perlu bekerja keras dan lebih bijak jika mahu memulihara hidupan liar kita di Sabah,” kata Nagalingam.