Cuma Gimmik Politik PBRS; Realiti Bekalan Letrik Di Mukim Dalit

8641

Bodrick Paunus

Oleh BODRICK PAUNUS
SURAT: Pelancaran bekalan elektrik satu gimmik politik oleh BN. Adakah projek yang belum siap sepenuhnya boleh dirasmikan? Ini kerana hanya di Kg. Kahaba dan Kg. Dalit Gana yang menerima bekalan letrik setakat ini.

Namun Joseph Kurup, ahli parlimen Pensiangan telah melancarkan bekalan letrik secara keseluruhan pada 2 Mac 2017 di padang Kg. Kahaba menurut penduduk kampung yang ditemui. Selepas kenyataan akhbar yang disiarkan di media tempatan, pihak DAP Pensiangan turun padang meninjau keadaan sebenar dan bertemu dengan penduduk kampung.

Selepas tinjauan dibuat, Kg. Nantabakan, Kg. Tataluan, Kg. Bulinin, Kg. Inandung, Kg. Kelampun, Kg. Dalit Laut, Kg. Dalit Stesen dan Kg. Molosok belum menerima bekalan letrik selepas dilancarkan oleh Kurup.

Belum disambung!!!

Beberapa penduduk kampung di Kg. Kelampun dan Kg. Nantabakan yang ditemui memberitahu bahawa tiang sudah ada sebelum PRU-13 lagi, namun baru sekarang kelihatan pihak bertanggungjawab yang sudah berkali-kali menabur janji mulai bergerak dan melaksanakan apabila pilihan raya hampir tiba.

Kita dapat melihat bahawa kepimpinan yang diterajui oleh PBRS di parlimen Pensiangan ternyata lambat dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat. Sepatutnya penduduk kampung sudah mendapat belakan letrik ini lebih awal, kerana sudah lebih 30 tahun mereka diberi peluang berkhidmat untuk rakyat di Pensiangan.

Kebanyakan penduduk di mukim Dalit yang ditemui, mereka sudah bosan mendengar janji-janji yang diberikan. Kami mengharapkan kali ia sungguh-sungguh dilaksanakan oleh pihak PBRS dengan tidak hanya berjanji.

DAP Pensiangan juga mendesak agar belakan letrik ini selengarakan dengan cepat, tulus dan berintegriti. Kita mahu memastikan bahawa peruntukan RM55 juta benar-benar sampai kepada setiap rakyat di Pensiangan.

Selain itu, sepanjang tinjauan pihak DAP jalan raya aspal yang baru siap Ansip – Dalit nampaknya tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.

  • Bodrick Paunus adalah setiausaha kerja DAP Pensiangan