40 Orang Ahli Lompat Parti Publisiti Murahan PBRS – Robinson Rusikan

1290
Saudara Robinson Rusikan, kiri, dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

SOOK: DAP Pensiangan menafikan berita bahawa 40 orang ahlinya keluar parti untuk menyertai PBRS tetapi menganggap tuntutan ini sebagai aksi publisiti murahan oleh PBRS sebagai cara terdesak untuk menutup kegagalan mereka dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat di Pensiangan.

Menurut penyelaras DAP Tulid Robinson Rusikan, dakwaan yang dibuat oleh Dirim Jaikul adalah tidak berasas dan dibuat dengan niat jahat.

“Dia (Dirim) memang pernah terlibat sebagai ahli jawatankuasa protem untuk DAP di Sook pada satu ketika tetapi kemudiannya digugurkan daripada barisan kerana kegagalannya untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya,” kata Robinson dalam sau kenyataan hari Sabtu.

“Akibat tidak merasa gembira kerana beliau digantikan oleh ahli yang lebih bersifat dinamik dan muda telah mendorong beliau untuk meninggalkan parti.

“Personaliti orang yang bersifat oportunis yang tidak mempunyai kredibiliti dan prinsip tidak mempunyai tempat bagi didalam Parti DAP sebuah Parti yang mengamalkan meritokrasi dan memberi peluang kepada pemimpin dinamik untuk menerajui parti.”

Tambah beliau, DAP mencabar Dirim untuk menyediakan bukti bahawa 40 orang yang menyertai beliau benar-benar memang ahli DAP.

Adrian Lasimbang

“Kami mahu mereka memberikan nombor keahlian bagi mereka yang mendakwa telah meninggalkan parti. Jika mereka gagal memberikan nombor keahlian parti bermakna bahawa mereka hanya mereka cerita.

“Bagaimana mereka boleh mendakwa telah meninggalkan parti sedangkan mereka bukan ahli ,” kata Robinson sebagai ulasan dakwaan Dirim bahawa mereka meninggalkan DAP kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap parti itu.

Sementara itu penyelaras DAP Pensiangan Adrian Banie Lasimbang membidas Dirim telah melakukan tuntutan palsu dan fitnah terhadap DAP.

Dakwaan bahawa DAP telah menganggap Orang Asal sebagai rakyat kelas kedua adalah sungguh tidak berasas kerana DAP memperjuangkan hak-hak semua rakyat Malaysia dan DAP memberi komitmen penuh dalam menegakkan jaminan hak-hak Orang Asal seperti yang termaktub diatas Batu Sumpah Keningau.

“PBRS sendiri yang sebenarnya telah mengeksploitasikan Orang Asal di Pensiangan dengan memilih pemimpin-pemimpin atasan parti sebagai wakil rakyat untuk beberapa penggal namun mereka masih gagal memberikan kemudahan yang paling asas seperti infrastruktur dan gagal meningkatkan status sosio-ekonomi rakyat di Pensiangan,” Adrian berkata.

“Mereka memburukkan lagi keadaan dengan membiarkan masyarakat Orang Asal di Pensiangan kehilangan hak keatas tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) melalui pengeluaran geran komunal yang hanya memberi manfaat kepada Proksi BN melalui tawaran berat sebelah.

Tambah Adrian, DAP juga menerima aduan daripada penduduk kampung bahawa PBRS juga menggunakan taktik menakut-nakutkan seperti mengancam untuk mengambil program bantuan sosial bagi warga tua dan orang kurang upaya sekiranya mereka menyokong pembangkang.

“Perbuatan ini adalah tidak demokratik dan sangat terdesak. DAP bersedia untuk berhadapan dengan PBRS di Pensiangan pada pilihan raya akan datang,” tambah Adrian.