4 Lelaki Pengganas DAESH Ditahan Di Sandakan – Ketua Polis Negara

1450
MOHAMAD FUZI HARUN

KUALA LUMPUR: Empat lelaki asing yang dipercayai ada hubungan dengan kumpulan pengganas DAESH, ditahan di Sandakan, Sabah, Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun, berkata keempat-empat lelaki terbabit turut berada dalam senarai teratas pihak polis dalam kategori individu yang dikehendaki.

“Keempat-empat lelaki itu adalah sekumpulan warga asing dari negara jiran dan dipercayai aktif sebagai pengganas di negara mereka.

“Mereka dipercayai menjadikan Sandakan sebagai transit untuk menyeludup masuk ke selatan Filipina menggunakan jalan laut,” katanya selepas melancarkan Kempen Cegah Jenayah Ragut dan Seluk Saku, di sini, Rabu petang.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum dapat memastikan sama ada suspek ditahan atas kesalahan memasuki negara ini atau cuba menuju ke selatan Filipina.

Katanya, lelaki berusia antara 31 hingga 40 tahun itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA). – Safeek Affendy Razali/ bharian.com.my

BERITA SELANJUT: –

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/359754/4-lelaki-ditahan-di-sandakan-amat-dikehendaki